Alhamdulillah.
Itulah perkataan yang tak mampu aku describe betapa hebatnya kasih sayang dan rahmat Allah yang telah diberikan kepadaku. Walau sebesar mana dosa dan maksiat yang telah aku lakukan, DIA tetap mendampingi hamba-hambaNya.
Dalam 2 minggu lepas, aku dirundum dengan pelbagai masalah. Masalah apa tu, agak susah untuk diterangkan di sini. Tak pernah2 aku mengalirkan air mata, sejak aku umur belasan tahun. tp, ujian kali ini benar2 agak meruntun hati ini. Seolah2 tiada siapa yang mahu mendengar segala luahan hati ini. Ingin saja aku nak jerit dan pekik kepada semua tp x berdaya dan seolah2 tiada siapa mahu mendengar dan bersimpati atas nasibku ini. Hidup terasa berat. Aku menjadi murung. Sehingga aku tidak mampu lagi utk senyum riang bersama rakan2 yg lain.
Di malam yang hening, aku refleksi balik diri ini.
Apa sudah jadi padaku ini? Dah hilang akal ke buat perangai xtentu pasal ni?
Aku bermuhasabah. Bagaimana hubungan aku dgn Allah? Astaghfirullah. Di situ aku terlupa satu perkara yang aku selalu lupa. Sebelum ini, di dalam fikiranku: Selalu aku merasakan bahawa diri ini sahaja yang boleh selesaikan segala masalah. Hanya tuan punya diri saja yang tahu permasalahan dirinya sendiri. Benarkah sangkaan aku selama ini?
Bagaimana pula dengan Zat yang telah menCIPTAkan diri ini? Adakah Dia tahu tentang permasalahan ciptaanNya ini? Tahu benarkah aku daripada Dia yang Maha Agung?
Aku memohon keampunan dariMu Ya Allah.. Perlahan-lahan aku ambil al-Quran dan aku baca. Aku buka saja pada muka surat yang aku dah tanda sebelum ini. Belum sampai habis satu ayat, MasyaAllah... Terkesima.
Ayat pertama yang dibacakan olehku benar2 menusuk di qalbu. Di situ, aku terjumpa suatu kata motivasi yang akan aku ingat sampai bila2. Yusuf, 87.
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
Seakan2 satu bisikan yang suci telah membisikku. Aku hiba. Aku yakin itulah petunjuk yang Allah ingin berikan kepadaku. Suatu komunikasi yang sangat terkesan. Betapa hebatnya al-Quran, Kalamullah. Satu ayat sahaja dah boleh gentarkan hati. Lantas, semangatku serta merta pulih. Alhamdulillah.
Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika aku di makkah. tetapi akan aku ceritakan kemudian pada post2 yang lain.
Konklusinya, Allah tidak pernah sekali-kali meninggalkan kita. Cuma kita yang selalu lupa padaNya. Bila difikirkan kembali, apalah masalah yang aku alami itu jika dibandingkan dengan ujian dan cabaran yang diterima oleh Rasulullah SAW.
Lastly, always question your faith to purify your soul. There, you can find your answer. InsyaAllah.