Monday, April 25, 2011

Pengajian di Surau Bukit Bayu

Alhamdulillah.

Sekarang aku berada dalam mood cuti yang sangat panjang. Argh.. Sunyi jugak la rasanya. Aku bersyukur juga kerana semalam aku diberi kekuatan oleh Allah untuk ke surau selepas melihat keadaan kaki aku yang dah semakin lega. FYI, minggu lepas aku dan kawan2 aku ke Pulau Redang. Bercuti la katakan.. Hehe.. Tp malang tidak berbau. Aku terpijak terumbu karang yang telah mati di Marine Park sewaktu snorkeling. Lukanya dalam jugak. So, nak dihabiskan cerita, alhamdulillah, kaki aku dah lega. Lain kali lah aku ceritakan pengalaman aku di Pulau Redang. Stay tuned.

Pada entry kali ni, aku nak share la apa yang aku dapat sewaktu pengajian kuliah semalam pleh Ust. Mohamad. Pada mulanya beliau nak meneruskan pengajian kitab (maaf aku x pasti kitab apa. mungkin bab fekah kot). Tapi, sebelum beliau meneruskan bacaan kitab, beliau telah membuka pengajian beliau dengan satu kisah. Kisah jawapan seorang pegawai agama mengenai solat (ada orang bertanya time tu).

Soalan seorang audiens: Batalkah solat kita jika time imam xbuat doa qunut, tp kita baca jugak qunut.
Jawapan pegawai agama tu: Batal. sebab kita mengikut imam.

Jd, ust mohamad pening sebab mengikut pemahaman beliau, agak bercanggah dengan apa yang dimaklumkan oleh pegawai td tu. Jd setelah diclarify oleh tok guru beliau, malam tu dia explain yg betul kepada jemaah surau al-muhsinin penduduk Bukit Bayu dan Seri Bayu.

Ada kaedah dalam menentukan perlakuan perkara sunat yang melibatkan imam makmum. Aku just simpulkan je la kat sini, k.

Wajib muafakat kpd buat | Wajib muafakat kpd tinggal
Maksudnya, Kalau imam buat, kita wajib buat, dan kalau imam tinggal, kita wajib juga untuk tinggal.
Contoh: Sujud sejadah.

X Wajib muafakat kpd buat | X wajib muafakat kpd tinggal
Kalau imam buat kita buat/xbuat pon xpa, kalau imam tinggal, kita buat/xbuat pon xpa.
Contoh: Doa Qunut.

Wajib muafakat kpd buat | X wajib muafakat kpd tinggal.
Kalau imam buat, kita kena buat. Kalau imam tinggal, kita nak buat / tinggal pon xpa.
Contoh: Tahiyyat awal.

Jd mengikut jawapan ikut kaedah diatas, bacaan qunut itu jika xbuat bersama2 imam sebagai contoh, tidaklah mendatangakan batalnya solat.

Ada banyak lagi dibincangkan mengenai solat. Perbincangan 2 hala, plus jemaah yang begitu responsif n aproaktif dlm mengemukakan soalan, telah menjadikan kuliah semalam begitu interaktif dan informatif. Sehingga Ust Mohamad xjadi nak mengajar kitab malam tu, melihat kepada permasalahan solat yang dikira lebih utama utk dibincangkan.

Jd, aktifkan surau dan masjid di kawasan anda! Join, Involve, & Participate bersama jemaah surau kawasan anda. InsyaAllah, manfaatnya sangat banyak.

Kalau ada apa2 info, nanti aku share lagi di sini, k. Aku jdkan blog ni juga sebagai nota/diari aku. hehe..

Wallahu'alam.