Friday, June 1, 2012

Persahabatan

"Persahabatan". Korang tahu ke apa erti persahabatan? Kawan yang bersama2 kita waktu senang dan susah, yg meminta kemaafan bila terbuat salah, yang sedia memaafkan, dan sebagainya. Begitulah situasi di bilik kami. Bermula dengan ukhuwwah yang cukup baik, tapi kini semakin retak menanti belah bila nak tiba hujung semester ni. Katanya kita akan bertambah matang bila dah meningkat usia ni. Tapi, hampeh, semua xleh dipakai. Masing2 ada perangai yang tak ubah2 sejak dari dulu, dan sebahagian daripadanya tidak dapat diterima, maka timbul keretakan disitu.

Bilik aku ada 8 orang ahlinya termasuk aku. Semester bakal berakhir dan tak lama lagi akan cuti panjang dan praktikal. Bermulanya sem depan, kami bakal berjumpa semula dgn ahli bilik yang sama lagi walau berbeza tempat. Tapi, persoalannya, ke manakah relationship ni akan bertahan? Mampukah ia kembali bersinar seperti dulu? Seperti gemilangnya percutian di Redang? Seperti rapatnya ukhuwah sampai berjemaah sekali dan ada satu masa khas dlm 5 waktu solat ada sesi tazkirah? Dan sesimplenya kita apabila makan bersama?

Malang sekali ada diantara kita yang ego. Menegakkan kebenaran yang xpasti. Merasa sangat tercabar jika dirinya dikritik. Langsung tak lihat pada actual problems. Dah salah, ego pula utk tak mahu minta maaf. Apa yang penting sangat dalam hidup dia? Adakah ego atau persahabatan yang telah lama dijalin? Padahal benda akan terus selesai jika salah seorang daripadanya meminta maaf dikala terang2 seorang lagi telah pun memaafkannya. Kadang2 kita sengaja nak melihat sejauh mana dia mampu tahan dalam situasi begini. Tapi, hampa... Pucuk dicita, ntah apa jenis ulam pun xdatang2.

Jadi, saya harapkan kepada semua agar mementingkan persahabatan lebih daripada ego sendiri. Benda tak akan selesai jika kita hanya pentingkan diri sendiri. Dari dahulu manusia ni hidup dgn berbalah. Sehigga Allah menyelamatkan kita daripada jurang2 api neraka - iaitu perpecahan. Untuk itu, utk menyelamatkan situasi yang telah terjadi, maka saya harus mengalah sekali lagi, bagi memberi peluang kepada kawan2 yang sangat ego ini kembali bersahabat. Pedih dalam hati tu toksah dok habaq lah. Tapi benda tu sekejap je..kan? Huhu.. Adios.

 

No comments:

Post a Comment