Saturday, July 21, 2012

Kemuliaan Ramadhan

 

Ramadhan bulan ibadah

Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dan dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu
Mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
Dikurnia bulan yang mulia
Beruntunglah bagi mereka yang
Mendapat keredhaan-Nya



Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan
Dikurniakan Lailatul Qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan


 

Thursday, June 14, 2012

Apple fanboy

 

Melihat tajuk entry kali ni mesti ada dalam kalangan korang yang jelik. Hehe.. Haters gonna hate. Tajuk ini xmerujuk kepada mana2 individu kecuali perihal diriku sahaja. Ya. Aku nak declare yang aku adalah salah seorang drpd berjuta2 apple fanboys. Haha.. Aku pun xtau kenapa aku bleh dapat 'disease' ni. Tapi for sure aku tau dimana puncanya. Its my brothers! They are all apple lovers. Not sure if It is genetic or just strong influence.

It all started when im 16 which im in tingkatan 4. Its the year of 2005. Masa tu kalau sapa2 ingat la, trend semua pakai walkman sony, earphone aiwa, discman, radio, dll gadget utk dgr musik yang besar gedabak. Aku pun ada salah satu drpd item yg dimaksudkan tersebut. Which is sony walkman digital yg ada sarung tuh. Pakai satu AA bateri je beb! Haha.. Pastu kalau nak bawak gi mana2, bubuh dalam poket, maka bergelembung besarlah seluar kita kat bahagian paha. Terhuyung hayang bila berjalan. Haha..

My eldest brother time tu pakai ipod shuffle. Dah lama dah dia pakai. Sejak device tu keluar dia beli kat jepun. Nthen, that year he gave me his ipod. i think it is a hadiah sebab PMR aku kot. Excited gila diri ini. Haha.. Walaupun dah dipakai bertahun2 oleh my brother, tp still im excited because device tu dah mengenepikan radio2 atau walkman2 yg besar2 time tu. Although 512 Mb tp, dalam 200 lagu jugak laa boleh muat. Ok la tu kan? Suprisingly, those ipod still survive until these days beserta eraphonenya sekali. Kalau banding dgn jenama lain, tak taulah. (my sony walkman have damage on its battery closer. Patah. Nthen kena buh getah sekeliling utk tutup. Sigh..) Thats the moment i think that apple device have a high quality based on its long life.

 

Lepas tu, when im 1st year in Kuantan, ada sorg sahabat ni nak jual dia punya ipod touch. Aku dok idam nak pakai iphone lama dah. Pastu aku tgk ipod touch ni screen dia sama macam iphone. Utk mengubat penyakit mengidam aku, aku angkaat terus satu. Haha.. Mmg smooth gila screen dia when swiping. Then my engagement with ipod touch tak lama. I sell it to one of my friend. N i think dia pun dah jadi apple fanboy jugak skg. Hehe.. Guess what? After that here comes the ipad2. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. I use ipad2 frequently. It is really helpful in my daily tasks. Drpd surfing, check n balas email, games, imessages, facetime, calendars, notes, dll. It makes my life easier. Pastu aku br tau yg ipad ni boleh kita pancar pada screen lcd guna projektor. Kena ada cable je. Terus aku dapatkan satu. And used it on 2 of my presentations yet so far.

Then here comes the iphone. Alhamdulillah. Aku tak selalu tukar phone macam sesetengah orang. In my life only 3 handphone i used. First is nokia 3310 (2years), then nokia apa ntah mo jenama (5years), n latest is iphone. Apple products have a simple, sleek and clear design. It gives the owner the premium feeling. And its touchscreen is so smooth and not lagging. I love its iOS also and looking forward to use iOS6 soon. It can be improved to be better with full coverage of essential funtionality i hope. Well, i mean, xpayahlah sampai kena jailbreak bagai utk dpt certain2 function that supposed to be there, kan?

Oklah, banyak sangat celoteh ni. Out dulu. Salaaam.. :)

 

Friday, June 1, 2012

Persahabatan

"Persahabatan". Korang tahu ke apa erti persahabatan? Kawan yang bersama2 kita waktu senang dan susah, yg meminta kemaafan bila terbuat salah, yang sedia memaafkan, dan sebagainya. Begitulah situasi di bilik kami. Bermula dengan ukhuwwah yang cukup baik, tapi kini semakin retak menanti belah bila nak tiba hujung semester ni. Katanya kita akan bertambah matang bila dah meningkat usia ni. Tapi, hampeh, semua xleh dipakai. Masing2 ada perangai yang tak ubah2 sejak dari dulu, dan sebahagian daripadanya tidak dapat diterima, maka timbul keretakan disitu.

Bilik aku ada 8 orang ahlinya termasuk aku. Semester bakal berakhir dan tak lama lagi akan cuti panjang dan praktikal. Bermulanya sem depan, kami bakal berjumpa semula dgn ahli bilik yang sama lagi walau berbeza tempat. Tapi, persoalannya, ke manakah relationship ni akan bertahan? Mampukah ia kembali bersinar seperti dulu? Seperti gemilangnya percutian di Redang? Seperti rapatnya ukhuwah sampai berjemaah sekali dan ada satu masa khas dlm 5 waktu solat ada sesi tazkirah? Dan sesimplenya kita apabila makan bersama?

Malang sekali ada diantara kita yang ego. Menegakkan kebenaran yang xpasti. Merasa sangat tercabar jika dirinya dikritik. Langsung tak lihat pada actual problems. Dah salah, ego pula utk tak mahu minta maaf. Apa yang penting sangat dalam hidup dia? Adakah ego atau persahabatan yang telah lama dijalin? Padahal benda akan terus selesai jika salah seorang daripadanya meminta maaf dikala terang2 seorang lagi telah pun memaafkannya. Kadang2 kita sengaja nak melihat sejauh mana dia mampu tahan dalam situasi begini. Tapi, hampa... Pucuk dicita, ntah apa jenis ulam pun xdatang2.

Jadi, saya harapkan kepada semua agar mementingkan persahabatan lebih daripada ego sendiri. Benda tak akan selesai jika kita hanya pentingkan diri sendiri. Dari dahulu manusia ni hidup dgn berbalah. Sehigga Allah menyelamatkan kita daripada jurang2 api neraka - iaitu perpecahan. Untuk itu, utk menyelamatkan situasi yang telah terjadi, maka saya harus mengalah sekali lagi, bagi memberi peluang kepada kawan2 yang sangat ego ini kembali bersahabat. Pedih dalam hati tu toksah dok habaq lah. Tapi benda tu sekejap je..kan? Huhu.. Adios.

 

Monday, February 6, 2012

Bila waktu telah berakhir

Bagaimanakah aku kan berasa bangga bila dunia ni hanya sementara? Bila semua akan hancur dan luluh. Tiada apa yg dapat dilakukan utk kembali ke masa lalu. Dunia dipenuhi dengan hiasan. Semoga semua yg ada akan kembali kepadaNya.

Thursday, May 26, 2011

Just update

Sekarang aku berada di bumi kuantan. Sedang tumpu utk program yang bakal berlangsung pada 30hb ni.

Alhamdulillah, aku dapat rasakan kepenatan yang dapat dirasai bg orang2 yang bekerja membanting tulang 4 kerat di luar sana. Tp, hebat lagi la diorg. Aku ni apa la sangat. Sekadar pergi ulang alik UIA - Bandar kuantan 4-5 kali sehari je pun. Huhu..

Aku doakan program ni supaya berjalan dengan lancar. Amiin.. Kamu semua doa la sekali ye. :)

Dah kot. Xtau nak tulis apa. Ada bnyk kerja lain pulak dok tunggu.

Wassalam.

Wednesday, May 18, 2011

Sedih...Sedih...Sedih...

Sedih melihat rakan2 yang tika dahulunya bersama-sama dalam aktiviti dakwah. Tapi kini sudah 'lari' sedikit dr landasan yang benar. Bahkan nampak mcm bangga pula dengan perbuatan 'itu'...

Huhu.. Mana kata2 dakwah dahulu? Mana letaknya pendirian terhadap orang2 yang berbuat maksiat? Mana batas2 aurat yang dilaungkan2 dulu?

Huhu.. Amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang bercakap, tapi tidak buat apa yang dicakapkan itu. Petikan Surah as-Soff.

Huhu.. Bagi yg tengah hangat bercouple tu, agak2 dah suka sama suka tu,, kahwin je la. takyah nak tayang2 pulak.

Huhu.. Sedih........ Kdg2 terfikir. adakah ini semua salah aku? Aku yang tak bimbing mereka dengan baik. Ya Allah, sesungguhnya masa itu aku amat lemah. Tiada sokongan yang kuat daripada tunjang dakwah. Aku seperti ditinggalkan terkapai2.

Huhu.. sama2 lah kita bermuhasabah..

Barangkali adakah aku juga seperti mereka tanpa aku sedari? Nauzubillah.. Ya Allah, pimpinlah hamba-hambaMu ini.. Berilah hidayah kepada kami.. Sesungguhnya kami jahil tanpa pimpinan dariMu..

Sesungguhnya akhirat jualah tempat ABADI.

Sunday, May 15, 2011

You have to face it!

Kamu asyik berada dalam "comfort zone". Sehinggakan permasalahan yang patut diatasi bersama kamu tidak endah. Bahkan menyalahkan orang lain.

Bagi kamu dunia kamu. Kalau ada mana2 bahagian dalam hidup kamu yang terganggu, kamu akan komplen, kritik, kutuk, marah, bagi surat layang dsb kpd pihak yang berusaha memastikan keselesaan kamu. Tanpa bayaran sesen pun pihak terbabit menolong kamu sampai kamu dapat apa yang kamu hajati. Padahal, kamu tidak tahu, yang dia juga turut merasai kesusahan itu. Tambah dgn kata-kata kesat kamu, dia lebih menderita.

Bila dah selesa. Kamu diam. Tiada ucapan terima kasih kedengaran. Bila diminta utk menolong sedikit dalam mana2 bahagian, senyap, bisu, bahkan marah. Pada kamu, "Itu masalah kamu. Apa kena mengena dengan saya?" & "Ada aku kisah??"

Pernah terfikir juga saya. Jikalau tiada siapa yang mahukan 'jawatan' itu, agak2 budak ni akan mengadu pada siapa jikalau 'zon selesa' dia diganggu? Adakah dia sendiri akan volunteer utk amik tempat itu? (Oh, tidak mungkin rasanya) Kewujudan orang2 mcm ni lah, mengadu domba, demotivate org dsb, menyebabkan saban tahun ramai yang tidak berani utk mengambil tempat itu.

Cuba bersyukur sedikit. Cuba tegur dengan elok sedikit. Cuba support sedikit. Apalah guna hidup ramai2, kalau kita tak mampu hidup bermasyarakat dengan baik?

Cukuplah sampai disini.
Kenapa la ada manusia yang jenis macam ini.