Wednesday, May 18, 2011

Sedih...Sedih...Sedih...

Sedih melihat rakan2 yang tika dahulunya bersama-sama dalam aktiviti dakwah. Tapi kini sudah 'lari' sedikit dr landasan yang benar. Bahkan nampak mcm bangga pula dengan perbuatan 'itu'...

Huhu.. Mana kata2 dakwah dahulu? Mana letaknya pendirian terhadap orang2 yang berbuat maksiat? Mana batas2 aurat yang dilaungkan2 dulu?

Huhu.. Amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang bercakap, tapi tidak buat apa yang dicakapkan itu. Petikan Surah as-Soff.

Huhu.. Bagi yg tengah hangat bercouple tu, agak2 dah suka sama suka tu,, kahwin je la. takyah nak tayang2 pulak.

Huhu.. Sedih........ Kdg2 terfikir. adakah ini semua salah aku? Aku yang tak bimbing mereka dengan baik. Ya Allah, sesungguhnya masa itu aku amat lemah. Tiada sokongan yang kuat daripada tunjang dakwah. Aku seperti ditinggalkan terkapai2.

Huhu.. sama2 lah kita bermuhasabah..

Barangkali adakah aku juga seperti mereka tanpa aku sedari? Nauzubillah.. Ya Allah, pimpinlah hamba-hambaMu ini.. Berilah hidayah kepada kami.. Sesungguhnya kami jahil tanpa pimpinan dariMu..

Sesungguhnya akhirat jualah tempat ABADI.

No comments:

Post a Comment