Baru2 ni aku ada tgk 2 movie yang best yang aku nak rekemen kaw-kaw dgn hampa semua. Semestinyalah cerita yang aku nak share ni memang banyak pengajaran dan menimbulkan keinsafan kalau kita benar2 menghayatinya. Kalau x best, buat apa aku tulis blog ni kan?
Dalam Mihrab Cinta

[SPOILER ALERT!]
Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang baik (Syamsul), datang ke Kediri (nama tempat di Indonesia) utk mendalami ilmu agama di pesantren disitu. Malangnya, saban hari dia belajar di situ, pada suatu hari, dia telah difitnah mencuri oleh rakan karibnya sendiri. Dia dibuang pesantren dan akhirnya dia membawa diri. Dalam perjalanan membawa diri ni lah, dia mengalami konflik diri. Nak tau selanjutnya? Tgk ye nanti.
Kisah lelaki ni benar2 meruntun jiwa aku. Pertembungan konflik "aku nak jadi baik" dgn "aku nak buat maksiat" seringkali berlaku dlm diri insan ni. Yang murninya apabila dia bertaubat dan bergantung harap pada Allah SWT dgn seikhlas hati. Tambah dgn soundtrack lagu dia plak, berkaca2 mata dibuatnya. huhu..
Apa yang aku dapat daripada cerita ni:
1. Kaedah sumpah laknat yang betul (tidak perlu al-Quran; bertujuan utk membela diri)
2. Kaedah sebetulnya dalam mendakwa pesalah (dalam cerita ni dia terus dihukum tanpa perbicaraan)
3. Kecekalan hati utk melakukan kebaikan ditgh2 masyarakat yang menghina. Akhirnya Allah membalas ia dgn kebaikan yang besar.
4. X semua insan lari dari kesilapan. Insan yang terbaik adalah insan yang mengakui kesalahannya, bertaubat dan berjanji tak akan membuat kejahatan itu kembali.
5. (apa2 lagi kebaikan dlm cerita ni. Korang leh masukkan sendiri. hehe)
Memang aku salute hasil karya Habiburrahman el syairazi. Daripada filem Ayat2 Cinta (bukan arahan beliau), Ketika Cinta Bertasbih, dan sekarang, Dalam Mihrab Cinta. Karya2 beliau ada isi2 yang sedap + keagamaan utk kita melayan cerita2 beliau.
Aku Tak Bodoh

[SPOILER ALERT!]
Cerita ni mengisahkan tentang 2 keluarga yang mempunyai kaedah sendiri dalam mendidik anak2 mereka yang ternyata tidak betul. Cerita berkisarkan kehidupan di hiruk pikuk Kuala Lumpur. Ibu bapa dalam cerita ni selalu neglect anak2 mereka sendiri. Tp apabila sampai kepada mereka tntg masalah anak2 mereka (keputusan exam, disiplin), terus disalahkan anak2 mereka 100% tanpa mendengar luahan anak2 mereka terlebih dahulu. Si anak mula tertekan dgn sikap ibubapa, lantas mencari 'kasih kedua' iaitu rakan2 yg 'agak' liar.
Cerita ni diadaptasikan daripada filem "I not stupid too" daripada seberang negara, Singapura. Dengar kata cerita asal lagi menarik drpd yg ni. Tp apa2 pun, banyak pengajaran yang kita dapat drpd cerita ni. Kebanyakannya berkisar pada parenting.
Di tambah pula dgn lawak jenaka spontan yang betul2 catchy dgn penonton (ala2 Hantu Kak Limah). Jd, nak tau kesudahannya? Tgk le ye...
Ha itulah cerita aku kali ni. Dah banyak hari x menulis, nah 'paap' amik.. panjang berjela post kali ni. Huhu.. Tp, aku sgt2 menyokong filem2 yang berunsur pengajaran / islamik. Kerna filem2 ni mempunyai agen penarik minat masyarakat. Filem akan kosong & punah kalau jalan cerita yang ntah apa2 dan membawa penonton kepada idea utk membuat kerosakan.
Buat pembuat2 filem diluar sana, hiasilah filem2 / cerita2 anda dgn hiburan yang mendidik jiwa yang boleh memberi keinsafan juga dgn unsur2 dakwah yang boleh membawa penonton mendapat pahala jika mereka berubah ke arah kebaikan. Bukan setakat penonton yang dapat pahala apabila menonton cerita2 yang macam ni, seluruh produksi filem drpd pengarah, penerbit, pelakon, penulis skrip, tukang bancuh air dsb turut mendapat pahala! Dan pahala ini akan berterusan sampai mati jika para penonton berterusan mengamalkan kebaikan yang disampaikan dalam cerita itu.
Next recommended movie: Nur Kasih The Movie.
No comments:
Post a Comment