Thursday, May 26, 2011

Just update

Sekarang aku berada di bumi kuantan. Sedang tumpu utk program yang bakal berlangsung pada 30hb ni.

Alhamdulillah, aku dapat rasakan kepenatan yang dapat dirasai bg orang2 yang bekerja membanting tulang 4 kerat di luar sana. Tp, hebat lagi la diorg. Aku ni apa la sangat. Sekadar pergi ulang alik UIA - Bandar kuantan 4-5 kali sehari je pun. Huhu..

Aku doakan program ni supaya berjalan dengan lancar. Amiin.. Kamu semua doa la sekali ye. :)

Dah kot. Xtau nak tulis apa. Ada bnyk kerja lain pulak dok tunggu.

Wassalam.

Wednesday, May 18, 2011

Sedih...Sedih...Sedih...

Sedih melihat rakan2 yang tika dahulunya bersama-sama dalam aktiviti dakwah. Tapi kini sudah 'lari' sedikit dr landasan yang benar. Bahkan nampak mcm bangga pula dengan perbuatan 'itu'...

Huhu.. Mana kata2 dakwah dahulu? Mana letaknya pendirian terhadap orang2 yang berbuat maksiat? Mana batas2 aurat yang dilaungkan2 dulu?

Huhu.. Amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang bercakap, tapi tidak buat apa yang dicakapkan itu. Petikan Surah as-Soff.

Huhu.. Bagi yg tengah hangat bercouple tu, agak2 dah suka sama suka tu,, kahwin je la. takyah nak tayang2 pulak.

Huhu.. Sedih........ Kdg2 terfikir. adakah ini semua salah aku? Aku yang tak bimbing mereka dengan baik. Ya Allah, sesungguhnya masa itu aku amat lemah. Tiada sokongan yang kuat daripada tunjang dakwah. Aku seperti ditinggalkan terkapai2.

Huhu.. sama2 lah kita bermuhasabah..

Barangkali adakah aku juga seperti mereka tanpa aku sedari? Nauzubillah.. Ya Allah, pimpinlah hamba-hambaMu ini.. Berilah hidayah kepada kami.. Sesungguhnya kami jahil tanpa pimpinan dariMu..

Sesungguhnya akhirat jualah tempat ABADI.

Sunday, May 15, 2011

You have to face it!

Kamu asyik berada dalam "comfort zone". Sehinggakan permasalahan yang patut diatasi bersama kamu tidak endah. Bahkan menyalahkan orang lain.

Bagi kamu dunia kamu. Kalau ada mana2 bahagian dalam hidup kamu yang terganggu, kamu akan komplen, kritik, kutuk, marah, bagi surat layang dsb kpd pihak yang berusaha memastikan keselesaan kamu. Tanpa bayaran sesen pun pihak terbabit menolong kamu sampai kamu dapat apa yang kamu hajati. Padahal, kamu tidak tahu, yang dia juga turut merasai kesusahan itu. Tambah dgn kata-kata kesat kamu, dia lebih menderita.

Bila dah selesa. Kamu diam. Tiada ucapan terima kasih kedengaran. Bila diminta utk menolong sedikit dalam mana2 bahagian, senyap, bisu, bahkan marah. Pada kamu, "Itu masalah kamu. Apa kena mengena dengan saya?" & "Ada aku kisah??"

Pernah terfikir juga saya. Jikalau tiada siapa yang mahukan 'jawatan' itu, agak2 budak ni akan mengadu pada siapa jikalau 'zon selesa' dia diganggu? Adakah dia sendiri akan volunteer utk amik tempat itu? (Oh, tidak mungkin rasanya) Kewujudan orang2 mcm ni lah, mengadu domba, demotivate org dsb, menyebabkan saban tahun ramai yang tidak berani utk mengambil tempat itu.

Cuba bersyukur sedikit. Cuba tegur dengan elok sedikit. Cuba support sedikit. Apalah guna hidup ramai2, kalau kita tak mampu hidup bermasyarakat dengan baik?

Cukuplah sampai disini.
Kenapa la ada manusia yang jenis macam ini.

Layan Movie

Kali ni aku nak bercerita tentang movie! Hehe.. Movie apa? Jeng3..

Baru2 ni aku ada tgk 2 movie yang best yang aku nak rekemen kaw-kaw dgn hampa semua. Semestinyalah cerita yang aku nak share ni memang banyak pengajaran dan menimbulkan keinsafan kalau kita benar2 menghayatinya. Kalau x best, buat apa aku tulis blog ni kan?

Dalam Mihrab Cinta



[SPOILER ALERT!]

Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang baik (Syamsul), datang ke Kediri (nama tempat di Indonesia) utk mendalami ilmu agama di pesantren disitu. Malangnya, saban hari dia belajar di situ, pada suatu hari, dia telah difitnah mencuri oleh rakan karibnya sendiri. Dia dibuang pesantren dan akhirnya dia membawa diri. Dalam perjalanan membawa diri ni lah, dia mengalami konflik diri. Nak tau selanjutnya? Tgk ye nanti.

Kisah lelaki ni benar2 meruntun jiwa aku. Pertembungan konflik "aku nak jadi baik" dgn "aku nak buat maksiat" seringkali berlaku dlm diri insan ni. Yang murninya apabila dia bertaubat dan bergantung harap pada Allah SWT dgn seikhlas hati. Tambah dgn soundtrack lagu dia plak, berkaca2 mata dibuatnya. huhu..

Apa yang aku dapat daripada cerita ni:
1. Kaedah sumpah laknat yang betul (tidak perlu al-Quran; bertujuan utk membela diri)
2. Kaedah sebetulnya dalam mendakwa pesalah (dalam cerita ni dia terus dihukum tanpa perbicaraan)
3. Kecekalan hati utk melakukan kebaikan ditgh2 masyarakat yang menghina. Akhirnya Allah membalas ia dgn kebaikan yang besar.
4. X semua insan lari dari kesilapan. Insan yang terbaik adalah insan yang mengakui kesalahannya, bertaubat dan berjanji tak akan membuat kejahatan itu kembali.
5. (apa2 lagi kebaikan dlm cerita ni. Korang leh masukkan sendiri. hehe)

Memang aku salute hasil karya Habiburrahman el syairazi. Daripada filem Ayat2 Cinta (bukan arahan beliau), Ketika Cinta Bertasbih, dan sekarang, Dalam Mihrab Cinta. Karya2 beliau ada isi2 yang sedap + keagamaan utk kita melayan cerita2 beliau.


Aku Tak Bodoh



[SPOILER ALERT!]

Cerita ni mengisahkan tentang 2 keluarga yang mempunyai kaedah sendiri dalam mendidik anak2 mereka yang ternyata tidak betul. Cerita berkisarkan kehidupan di hiruk pikuk Kuala Lumpur. Ibu bapa dalam cerita ni selalu neglect anak2 mereka sendiri. Tp apabila sampai kepada mereka tntg masalah anak2 mereka (keputusan exam, disiplin), terus disalahkan anak2 mereka 100% tanpa mendengar luahan anak2 mereka terlebih dahulu. Si anak mula tertekan dgn sikap ibubapa, lantas mencari 'kasih kedua' iaitu rakan2 yg 'agak' liar.

Cerita ni diadaptasikan daripada filem "I not stupid too" daripada seberang negara, Singapura. Dengar kata cerita asal lagi menarik drpd yg ni. Tp apa2 pun, banyak pengajaran yang kita dapat drpd cerita ni. Kebanyakannya berkisar pada parenting.
Di tambah pula dgn lawak jenaka spontan yang betul2 catchy dgn penonton (ala2 Hantu Kak Limah). Jd, nak tau kesudahannya? Tgk le ye...


Ha itulah cerita aku kali ni. Dah banyak hari x menulis, nah 'paap' amik.. panjang berjela post kali ni. Huhu.. Tp, aku sgt2 menyokong filem2 yang berunsur pengajaran / islamik. Kerna filem2 ni mempunyai agen penarik minat masyarakat. Filem akan kosong & punah kalau jalan cerita yang ntah apa2 dan membawa penonton kepada idea utk membuat kerosakan.

Buat pembuat2 filem diluar sana, hiasilah filem2 / cerita2 anda dgn hiburan yang mendidik jiwa yang boleh memberi keinsafan juga dgn unsur2 dakwah yang boleh membawa penonton mendapat pahala jika mereka berubah ke arah kebaikan. Bukan setakat penonton yang dapat pahala apabila menonton cerita2 yang macam ni, seluruh produksi filem drpd pengarah, penerbit, pelakon, penulis skrip, tukang bancuh air dsb turut mendapat pahala! Dan pahala ini akan berterusan sampai mati jika para penonton berterusan mengamalkan kebaikan yang disampaikan dalam cerita itu.

Next recommended movie: Nur Kasih The Movie.

Monday, April 25, 2011

Pengajian di Surau Bukit Bayu

Alhamdulillah.

Sekarang aku berada dalam mood cuti yang sangat panjang. Argh.. Sunyi jugak la rasanya. Aku bersyukur juga kerana semalam aku diberi kekuatan oleh Allah untuk ke surau selepas melihat keadaan kaki aku yang dah semakin lega. FYI, minggu lepas aku dan kawan2 aku ke Pulau Redang. Bercuti la katakan.. Hehe.. Tp malang tidak berbau. Aku terpijak terumbu karang yang telah mati di Marine Park sewaktu snorkeling. Lukanya dalam jugak. So, nak dihabiskan cerita, alhamdulillah, kaki aku dah lega. Lain kali lah aku ceritakan pengalaman aku di Pulau Redang. Stay tuned.

Pada entry kali ni, aku nak share la apa yang aku dapat sewaktu pengajian kuliah semalam pleh Ust. Mohamad. Pada mulanya beliau nak meneruskan pengajian kitab (maaf aku x pasti kitab apa. mungkin bab fekah kot). Tapi, sebelum beliau meneruskan bacaan kitab, beliau telah membuka pengajian beliau dengan satu kisah. Kisah jawapan seorang pegawai agama mengenai solat (ada orang bertanya time tu).

Soalan seorang audiens: Batalkah solat kita jika time imam xbuat doa qunut, tp kita baca jugak qunut.
Jawapan pegawai agama tu: Batal. sebab kita mengikut imam.

Jd, ust mohamad pening sebab mengikut pemahaman beliau, agak bercanggah dengan apa yang dimaklumkan oleh pegawai td tu. Jd setelah diclarify oleh tok guru beliau, malam tu dia explain yg betul kepada jemaah surau al-muhsinin penduduk Bukit Bayu dan Seri Bayu.

Ada kaedah dalam menentukan perlakuan perkara sunat yang melibatkan imam makmum. Aku just simpulkan je la kat sini, k.

Wajib muafakat kpd buat | Wajib muafakat kpd tinggal
Maksudnya, Kalau imam buat, kita wajib buat, dan kalau imam tinggal, kita wajib juga untuk tinggal.
Contoh: Sujud sejadah.

X Wajib muafakat kpd buat | X wajib muafakat kpd tinggal
Kalau imam buat kita buat/xbuat pon xpa, kalau imam tinggal, kita buat/xbuat pon xpa.
Contoh: Doa Qunut.

Wajib muafakat kpd buat | X wajib muafakat kpd tinggal.
Kalau imam buat, kita kena buat. Kalau imam tinggal, kita nak buat / tinggal pon xpa.
Contoh: Tahiyyat awal.

Jd mengikut jawapan ikut kaedah diatas, bacaan qunut itu jika xbuat bersama2 imam sebagai contoh, tidaklah mendatangakan batalnya solat.

Ada banyak lagi dibincangkan mengenai solat. Perbincangan 2 hala, plus jemaah yang begitu responsif n aproaktif dlm mengemukakan soalan, telah menjadikan kuliah semalam begitu interaktif dan informatif. Sehingga Ust Mohamad xjadi nak mengajar kitab malam tu, melihat kepada permasalahan solat yang dikira lebih utama utk dibincangkan.

Jd, aktifkan surau dan masjid di kawasan anda! Join, Involve, & Participate bersama jemaah surau kawasan anda. InsyaAllah, manfaatnya sangat banyak.

Kalau ada apa2 info, nanti aku share lagi di sini, k. Aku jdkan blog ni juga sebagai nota/diari aku. hehe..

Wallahu'alam.

Friday, March 18, 2011

Foreword


بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

All praise to Allah SWT, the sustainer of this world. Selawat and Salam towards Prophet Muhammad SAW with a peaceful remembrance towards his effort and strength in bringing Islam until we’re living as a Muslim with a sweetness of faith nowadays.

First and foremost, thank you and my apology to all of you, because there wasn’t any official speech been made after the winning of SRC been announced lately.

Time is flowing very rapidly until now the new representatives have been changed. The impact from SRC‘s tenure before that been leaded by Brother Aklil Ayob and Sisters Siti Khadijah Imam Supaat, still been felt until today. Congratulations to them for performing this amanah well.

At this great opportunity, I would like to express my gratitude to Allah SWT for giving me a chance for being selected as a representative for this kulliyyah, Kulliyyah of Science together with Sister Siti Aminah Muhammad Imran. Indeed, this is really a tough job and required so much effort and responsibility to run this amanah wisely. This clearly been stated in al-Quran in surah al-Ahzaab, verse 72;

Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant.

As a human being, I cannot avoid from doing any mistake. Thus, I ask you humbly to guide and correct me if I go wrong. Your voice is truly my highest concern, as this job really requires a tremendous effort, help and support from all of you to make the changes towards the betterment in our beloved university. Realizing that student’s power is really reliable and have such a powerful impact towards changes; I hope that we (Students, SCIENCESS, Administration of KOS and SRC) could collaborate together towards the betterment of IIUM especially for Kulliyyah of Science.

Lastly, I hope that all of us can synergize together in bringing up our university into the next level and makes our lives becomes better in this campus, guided with al-Quran and the light from Sunnah of Prophet Muhammad SAW.

Thank you.

Sensible, Respect, Courteous.

Muhamad Shafiq bin Abu Hassan,
Co-Chairperson of Information & Multimedia Secretariat,
Kulliyyah of Science Constituency,
Students’ Representative Council,
International Islamic University Malaysia,
Kuantan Campus.
HP No: 013-2747325
Email: shafiq.iium@gmail.com

Sunday, February 27, 2011

Umpama membuka kotak pandora!

Baru-baru ini, satu perubahan yang agak mengejutkan berlaku pada diriku ini. Aku telah diangkat menjadi wakil pelajar Kulliyyah Sains utk general election SRC baru2 ini. Nama pon menang tanpa bertanding. Jd banyak pro & cons yang boleh kita amik iktibar drpd peristiwa ini. Bagi aku, ini satu permulaan sebuah pengalaman yang aku x tahu akan kesudahannya. Amanah yang cukup BESAR. Maka jawatan ini telah menuntut untuk aku melaksanakan dengan baik disamping menunjukkan ciri2 kepimpinan yang baik utk contoh teladan semua pelajar. X cukup dgn itu, aku harus lebih tabah dan sabar dlm menghadapi karenah masyarakat yang bakal aku pimpin kelak. Sounds creepy right?

Tapi, dlm segala kegundahan itu, ada satu sekelumit rasa kesyukuran dan pada masa yang sama mencari2 hikmah. Allah tak pernah letakkan kita dalam satu keadaan tanpa sebab musabab yang tertentu. Justeru, hikmah itulah yang sedang aku cari. Mungkin bertahun2 lamanya, tapi it worth when we found out & memahaminya. :)

Episod ini masih panjang. Akan aku gagas amanah ini dengan sebaiknya. Aku harus ikut dan teladani role model kita, Rasulullah SAW dalam memimpin. Rasulullah menghadapi cabaran yang lagi hebat drpd kita semua. Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa'ala alih.

"Ya Allah, pimpinlah daku menongkah badai yang mendatang kelak. janganlah Kau biarkan aku sendirian lemah dlm menghadapi segala ujian dan mehnah drpd Mu. Sesungguhnya hambaMu ini telah banyak berdosa kepadaMu. Maka ampunilah daku, rahmatilah daku dan masukkanlah aku dlm golongan yang Engkau redhai. Aku rindu akan SyurgaMu tetapi aku TIDAK SANGGUP untuk keNerakaMu. Kepada siapa lagi hendak ku berharap, selain drpd Engkau.. Tuhan yang Maha berkuasa atas setiap sesuatu. Maka perkenankanlah doaku."

Doakanlah kejayaanku di dunia dan AKHIRAT.

Friday, January 14, 2011

Rahmat Allah

Alhamdulillah.

Itulah perkataan yang tak mampu aku describe betapa hebatnya kasih sayang dan rahmat Allah yang telah diberikan kepadaku. Walau sebesar mana dosa dan maksiat yang telah aku lakukan, DIA tetap mendampingi hamba-hambaNya.

Dalam 2 minggu lepas, aku dirundum dengan pelbagai masalah. Masalah apa tu, agak susah untuk diterangkan di sini. Tak pernah2 aku mengalirkan air mata, sejak aku umur belasan tahun. tp, ujian kali ini benar2 agak meruntun hati ini. Seolah2 tiada siapa yang mahu mendengar segala luahan hati ini. Ingin saja aku nak jerit dan pekik kepada semua tp x berdaya dan seolah2 tiada siapa mahu mendengar dan bersimpati atas nasibku ini. Hidup terasa berat. Aku menjadi murung. Sehingga aku tidak mampu lagi utk senyum riang bersama rakan2 yg lain.

Di malam yang hening, aku refleksi balik diri ini.

Apa sudah jadi padaku ini? Dah hilang akal ke buat perangai xtentu pasal ni?

Aku bermuhasabah. Bagaimana hubungan aku dgn Allah? Astaghfirullah. Di situ aku terlupa satu perkara yang aku selalu lupa. Sebelum ini, di dalam fikiranku: Selalu aku merasakan bahawa diri ini sahaja yang boleh selesaikan segala masalah. Hanya tuan punya diri saja yang tahu permasalahan dirinya sendiri. Benarkah sangkaan aku selama ini?

Bagaimana pula dengan Zat yang telah menCIPTAkan diri ini? Adakah Dia tahu tentang permasalahan ciptaanNya ini? Tahu benarkah aku daripada Dia yang Maha Agung?

Aku memohon keampunan dariMu Ya Allah.. Perlahan-lahan aku ambil al-Quran dan aku baca. Aku buka saja pada muka surat yang aku dah tanda sebelum ini. Belum sampai habis satu ayat, MasyaAllah... Terkesima.

Ayat pertama yang dibacakan olehku benar2 menusuk di qalbu. Di situ, aku terjumpa suatu kata motivasi yang akan aku ingat sampai bila2. Yusuf, 87.

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Seakan2 satu bisikan yang suci telah membisikku. Aku hiba. Aku yakin itulah petunjuk yang Allah ingin berikan kepadaku. Suatu komunikasi yang sangat terkesan. Betapa hebatnya al-Quran, Kalamullah. Satu ayat sahaja dah boleh gentarkan hati. Lantas, semangatku serta merta pulih. Alhamdulillah.

Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika aku di makkah. tetapi akan aku ceritakan kemudian pada post2 yang lain.

Konklusinya, Allah tidak pernah sekali-kali meninggalkan kita. Cuma kita yang selalu lupa padaNya. Bila difikirkan kembali, apalah masalah yang aku alami itu jika dibandingkan dengan ujian dan cabaran yang diterima oleh Rasulullah SAW.

Lastly, always question your faith to purify your soul. There, you can find your answer. InsyaAllah.