Thursday, May 26, 2011

Just update

Sekarang aku berada di bumi kuantan. Sedang tumpu utk program yang bakal berlangsung pada 30hb ni.

Alhamdulillah, aku dapat rasakan kepenatan yang dapat dirasai bg orang2 yang bekerja membanting tulang 4 kerat di luar sana. Tp, hebat lagi la diorg. Aku ni apa la sangat. Sekadar pergi ulang alik UIA - Bandar kuantan 4-5 kali sehari je pun. Huhu..

Aku doakan program ni supaya berjalan dengan lancar. Amiin.. Kamu semua doa la sekali ye. :)

Dah kot. Xtau nak tulis apa. Ada bnyk kerja lain pulak dok tunggu.

Wassalam.

Wednesday, May 18, 2011

Sedih...Sedih...Sedih...

Sedih melihat rakan2 yang tika dahulunya bersama-sama dalam aktiviti dakwah. Tapi kini sudah 'lari' sedikit dr landasan yang benar. Bahkan nampak mcm bangga pula dengan perbuatan 'itu'...

Huhu.. Mana kata2 dakwah dahulu? Mana letaknya pendirian terhadap orang2 yang berbuat maksiat? Mana batas2 aurat yang dilaungkan2 dulu?

Huhu.. Amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang bercakap, tapi tidak buat apa yang dicakapkan itu. Petikan Surah as-Soff.

Huhu.. Bagi yg tengah hangat bercouple tu, agak2 dah suka sama suka tu,, kahwin je la. takyah nak tayang2 pulak.

Huhu.. Sedih........ Kdg2 terfikir. adakah ini semua salah aku? Aku yang tak bimbing mereka dengan baik. Ya Allah, sesungguhnya masa itu aku amat lemah. Tiada sokongan yang kuat daripada tunjang dakwah. Aku seperti ditinggalkan terkapai2.

Huhu.. sama2 lah kita bermuhasabah..

Barangkali adakah aku juga seperti mereka tanpa aku sedari? Nauzubillah.. Ya Allah, pimpinlah hamba-hambaMu ini.. Berilah hidayah kepada kami.. Sesungguhnya kami jahil tanpa pimpinan dariMu..

Sesungguhnya akhirat jualah tempat ABADI.

Sunday, May 15, 2011

You have to face it!

Kamu asyik berada dalam "comfort zone". Sehinggakan permasalahan yang patut diatasi bersama kamu tidak endah. Bahkan menyalahkan orang lain.

Bagi kamu dunia kamu. Kalau ada mana2 bahagian dalam hidup kamu yang terganggu, kamu akan komplen, kritik, kutuk, marah, bagi surat layang dsb kpd pihak yang berusaha memastikan keselesaan kamu. Tanpa bayaran sesen pun pihak terbabit menolong kamu sampai kamu dapat apa yang kamu hajati. Padahal, kamu tidak tahu, yang dia juga turut merasai kesusahan itu. Tambah dgn kata-kata kesat kamu, dia lebih menderita.

Bila dah selesa. Kamu diam. Tiada ucapan terima kasih kedengaran. Bila diminta utk menolong sedikit dalam mana2 bahagian, senyap, bisu, bahkan marah. Pada kamu, "Itu masalah kamu. Apa kena mengena dengan saya?" & "Ada aku kisah??"

Pernah terfikir juga saya. Jikalau tiada siapa yang mahukan 'jawatan' itu, agak2 budak ni akan mengadu pada siapa jikalau 'zon selesa' dia diganggu? Adakah dia sendiri akan volunteer utk amik tempat itu? (Oh, tidak mungkin rasanya) Kewujudan orang2 mcm ni lah, mengadu domba, demotivate org dsb, menyebabkan saban tahun ramai yang tidak berani utk mengambil tempat itu.

Cuba bersyukur sedikit. Cuba tegur dengan elok sedikit. Cuba support sedikit. Apalah guna hidup ramai2, kalau kita tak mampu hidup bermasyarakat dengan baik?

Cukuplah sampai disini.
Kenapa la ada manusia yang jenis macam ini.

Layan Movie

Kali ni aku nak bercerita tentang movie! Hehe.. Movie apa? Jeng3..

Baru2 ni aku ada tgk 2 movie yang best yang aku nak rekemen kaw-kaw dgn hampa semua. Semestinyalah cerita yang aku nak share ni memang banyak pengajaran dan menimbulkan keinsafan kalau kita benar2 menghayatinya. Kalau x best, buat apa aku tulis blog ni kan?

Dalam Mihrab Cinta



[SPOILER ALERT!]

Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang baik (Syamsul), datang ke Kediri (nama tempat di Indonesia) utk mendalami ilmu agama di pesantren disitu. Malangnya, saban hari dia belajar di situ, pada suatu hari, dia telah difitnah mencuri oleh rakan karibnya sendiri. Dia dibuang pesantren dan akhirnya dia membawa diri. Dalam perjalanan membawa diri ni lah, dia mengalami konflik diri. Nak tau selanjutnya? Tgk ye nanti.

Kisah lelaki ni benar2 meruntun jiwa aku. Pertembungan konflik "aku nak jadi baik" dgn "aku nak buat maksiat" seringkali berlaku dlm diri insan ni. Yang murninya apabila dia bertaubat dan bergantung harap pada Allah SWT dgn seikhlas hati. Tambah dgn soundtrack lagu dia plak, berkaca2 mata dibuatnya. huhu..

Apa yang aku dapat daripada cerita ni:
1. Kaedah sumpah laknat yang betul (tidak perlu al-Quran; bertujuan utk membela diri)
2. Kaedah sebetulnya dalam mendakwa pesalah (dalam cerita ni dia terus dihukum tanpa perbicaraan)
3. Kecekalan hati utk melakukan kebaikan ditgh2 masyarakat yang menghina. Akhirnya Allah membalas ia dgn kebaikan yang besar.
4. X semua insan lari dari kesilapan. Insan yang terbaik adalah insan yang mengakui kesalahannya, bertaubat dan berjanji tak akan membuat kejahatan itu kembali.
5. (apa2 lagi kebaikan dlm cerita ni. Korang leh masukkan sendiri. hehe)

Memang aku salute hasil karya Habiburrahman el syairazi. Daripada filem Ayat2 Cinta (bukan arahan beliau), Ketika Cinta Bertasbih, dan sekarang, Dalam Mihrab Cinta. Karya2 beliau ada isi2 yang sedap + keagamaan utk kita melayan cerita2 beliau.


Aku Tak Bodoh



[SPOILER ALERT!]

Cerita ni mengisahkan tentang 2 keluarga yang mempunyai kaedah sendiri dalam mendidik anak2 mereka yang ternyata tidak betul. Cerita berkisarkan kehidupan di hiruk pikuk Kuala Lumpur. Ibu bapa dalam cerita ni selalu neglect anak2 mereka sendiri. Tp apabila sampai kepada mereka tntg masalah anak2 mereka (keputusan exam, disiplin), terus disalahkan anak2 mereka 100% tanpa mendengar luahan anak2 mereka terlebih dahulu. Si anak mula tertekan dgn sikap ibubapa, lantas mencari 'kasih kedua' iaitu rakan2 yg 'agak' liar.

Cerita ni diadaptasikan daripada filem "I not stupid too" daripada seberang negara, Singapura. Dengar kata cerita asal lagi menarik drpd yg ni. Tp apa2 pun, banyak pengajaran yang kita dapat drpd cerita ni. Kebanyakannya berkisar pada parenting.
Di tambah pula dgn lawak jenaka spontan yang betul2 catchy dgn penonton (ala2 Hantu Kak Limah). Jd, nak tau kesudahannya? Tgk le ye...


Ha itulah cerita aku kali ni. Dah banyak hari x menulis, nah 'paap' amik.. panjang berjela post kali ni. Huhu.. Tp, aku sgt2 menyokong filem2 yang berunsur pengajaran / islamik. Kerna filem2 ni mempunyai agen penarik minat masyarakat. Filem akan kosong & punah kalau jalan cerita yang ntah apa2 dan membawa penonton kepada idea utk membuat kerosakan.

Buat pembuat2 filem diluar sana, hiasilah filem2 / cerita2 anda dgn hiburan yang mendidik jiwa yang boleh memberi keinsafan juga dgn unsur2 dakwah yang boleh membawa penonton mendapat pahala jika mereka berubah ke arah kebaikan. Bukan setakat penonton yang dapat pahala apabila menonton cerita2 yang macam ni, seluruh produksi filem drpd pengarah, penerbit, pelakon, penulis skrip, tukang bancuh air dsb turut mendapat pahala! Dan pahala ini akan berterusan sampai mati jika para penonton berterusan mengamalkan kebaikan yang disampaikan dalam cerita itu.

Next recommended movie: Nur Kasih The Movie.